TAMAN PSJ SG KARANG DAMAI
TAMAN PSJ SG KARANG DAMAI
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

TAMAN PSJ SG KARANG DAMAI

Jaringan untuk mengeratkan Tali Silaturrahim di-antara penduduk Taman Psj Sg Karang Damai Kuantan Pahang
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Adab Qadhak Hajat.

Go down 
AuthorMessage
umimia77

umimia77


Posts : 7
Sepakat : 24
Reputation : 0
Join date : 09/08/2010
Age : 47
Location : ktN (PSJ 1 15/19)

Adab Qadhak Hajat. Empty
PostSubject: Adab Qadhak Hajat.   Adab Qadhak Hajat. Empty9/8/2010, 4:33 pm

Berehat Jap .. Pening OtaK...[1,2,3...]

Perkara2 yg kekdg kita TERLEPAS Pandang...
Diambil Semasa Diskusi Feqh Aritu kat KMPh, Rabu Lepas.

Kencing dan berak ada mempunyai adab dan caranya. Ada yg haram, makruh dan SUNAT.,

Cara2 Haram:

1. Mengadap dan membelakangkan qiblat jika di tengah padang, tetapi tidak mengapa dlm tandas atau di tempat berdinding.
Dikira dinding ialah yang sekurang2nya tingginya dua pertiga hasta, dan sejauh2 jarak antara dinding dgn org yg qadhak hajat itu tidak melebihi drp 3 hasta.

2. Dlm tempat ibadat spt : masjid, surau dsbgainya.

3. Tempat2 perhentian manusia dan jlnraya.

4. Di dlm tempat kepunyaan org lain kecuali diizinkan oleh tuannya.

5. Di dlm lubang yg diketahui ada binatang di dlmnya.

6. Di atas kubur.

7. Di atas mknn.

8. Di atas tulang, kerana ianya mknn jin.

9. Di atas Alquran dan kitab2 agama, jika ada niat menghinanya nescaya jd murtad.

10. Membawa sesuatu yg bertulis ayat Alquran , Al Hadith, nama Allah atau nama Nabi2.

Cara2 Makruh:

1. Berdiri kecuali ada keuzuran.

2. Berckp2 tanpa mustahak.

3. Berpindah2 tempat. Ust beritau cthnya : kalu di bwh btg pokok / tempat yang kita duk main keliling sbb Nak sorak kut2 org nampok.
4. Duduk berlama2 di tempat qadhak hajat.

5. Pada TANAH berlubang yg tidak diketahui ada binatang didlmnya. ( haram td : pd lubang )

6. Di bwh pokok buah2an.

7. Pada air yg bertakung tidak mengalir.

8. Dekat ngan kubur.

9. Pada tempat angin bertiup kencang.

Cara2 SUNAT: sunny
1. Ditempat yg dikhaskan, atau di tempat yg terlindung dr pandangan org.

2. Memakai ALAS KAKI spt selipar dan sbgnya.

3. Mendahulukan KAKI KIRI ketika masuk tandas dan membaca doa:
maksudnya: "Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung dgnMu drp syaitan jantan dan betina."

4. MeNUTUP KEPALA walau pun dgn SEHELAI SAPU Tangan.

5. Diangkatkan kain sekadar hajat tatkala sampai ke tempat.

6. Duduk BERTINGGUNG di sblh KIRI dgn meletakkan punggung di ATAS TUMIT KIRI. Faedahnya supaya menyenangkan
keluar najis.

7. BERISTIBRAK slps kencing utk mengetus air kencing, samada dgn berdehem atau sbgnya mengikut keadaan yg sesuai
bg sesorg supaya air kencingnya habis kluar dr saluran nya.

8. Labuhkan kain sblm berdiri.

9. Mendahulukan kaki KANAN ketika kluar tandas dan membaca doa: Maksudnya:
"KeampunanMu Ya Allah! Segala kepujian bg Allah yg menghilangkan kesakitan drpku dan memberikan daku sihat afiat."

10. Selepas selepas beristinjak, bacalah doa:
Maksudnya :
" Ya Allah! Bersihkanlah hatiku dari sifat munafik, dan peliharakanlah kemaluanku drp segala perbuatan keji."

Segala yg baik drp Allah dan yg kurang drp SYe.
Back to top Go down
 
Adab Qadhak Hajat.
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
TAMAN PSJ SG KARANG DAMAI :: SUDUT ILMU / PENGETAHUAN :: ILMU PENGETAHUAN-
Jump to: